Pilih Bahasa / 选择语言:
| BM | CN |

SEBUT HARGA / TENDER MEMBEKAL BARANGAN KEPERLUAN BAKUL MAKANAN UNTUK KAWASAN PARLIMEN KOTA MELAKA DI BAWAH PAKEJ PERLINDUNGAN RAKYAT DAN PEMULIHAN EKONOMI (PEMULIH)
1. Kerajaan persekutuan telah mengumumkan peruntukan RM300 ribu kepada setiap ahli parlimen untuk program Bantuan Bakul Makanan di bawah pakej ransangan ekonomi PEMULIH.
2. Pejabat Ahli Parlimen Kota Melaka dengan ini menjemput mana-mana pihak yang berminat untuk mengemukakan sebut harga untuk membekalkan bakul makanan tersebut bagi kawasan parlimen Kota Melaka.
3. Sebut harga ini terbuka kepada semua syarikat berdaftar yang beralamat di Melaka. Beberapa pembekal akan dipilih berdasarkan harga dan kualiti barangan yang ditawarkan. Pertimbangan khas akan diberikan kepada kedai atau syarikat kecil yang terjejas oleh pandemik Covid-19.
4. Sebut harga boleh dikemukan melalui borang online di www.kotamelaka.com/tender
5. Tarikh tutup: 13 Julai 2021.
6. Hanyak pembekal yang berjaya sahaja akan dihubungi. Sebarang keputusan penganjur adalah muktamad.
7. Pertanyaan boleh diajukan kepada +601156324288
Spesifikasi:
1. Barangan yang dikehendaki adalah seperti berikut.
- Beras 10kg (1 unit)
- Minyak masak 2kg (1 unit)
- Gula pasir 1kg (1 unit)
- Tepung gandum 1kg (1 unit)
- Garam halus 400-450g (1 unit)
- Bihun 350-400g (1 unit)
- Kicap manis 600ml-700ml (1 unit)
- Sos cili/tomato 300-400g (1unit)
- Sardin 400-425g (1 unit)
- Baked Beans 400-425g (1 unit)
- Susu pekat 500-550g (1 unit)
- Teh 100-150g (1 unit)
- Kopi 100-150g (1 unit)
- Biskut 350g-450g (1 unit)
2. Kerajaan persekutuan memerlukan semua barangan mempunyai logo halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
3. Semua barangan hendaklah dibungkus ke dalam sebuah unit kotak atau beg plastik. Beras tidak perlu dibungkus dan boleh diletakkan secara berasingan.
4. Lokasi dan jadual penghantaran akan dimaklumkan kepada pembekal yang terpilih dari masa ke semasa.
Borang sebut harga
[forminator_form id=”3641″]